Tuesday, March 10, 2009

Restoran di sekitar QueenBay

Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah senarai restoran yang hanya mempunyai sehelai salinan sijil halal yang dipamerkan di depan restoran masing-masing yang tidak diketahui kesasihannya. Ada juga restoran yang langsung tidak mempamerkan salinan sijil halal mahupun cop halal di restoran terlibat.


Antaranya......

adakah ada pasti ianya halal?


tiada sebarang cop mahupun sijil halal...

sekitar ARENA restoran..tiada sebarang cop mahupun sijil halal



Hanya ada salinan sijil halal, tapi adakah ia benar-benar diluluskan?

fikir-fikirkan....

Wednesday, March 4, 2009

Bukan Niat Untuk Menimbulkan Was-was

Sebagai umat sesama Islam, saya bukan sengaja nak menimbulkan rasa was-was di kalangan rakan-rakan berkaitan dengan makanan yang kita makan. Cuma ingin berkongsi pandangan. Kalau yang bukan beragama Islam isu ini tidak menjadi halangan bagi mereka. Saya sendiri sebelum ini tidak peka berkaitan dengan isu logo halal di restoran. Contohnya kalau saya pergi sahaja QuenBay untuk window shoping or menonton wayang, tempat tumpuan untuk nak isi perut yang lapar semestinya di arena restoran. Macam-macam makanan yang boleh dimakan western food ker, malay food ker dan macam-macam food yang lain ada di situ. semua ada...tak terlintas langsung difikiran tentang halal ke haram sebab ramai je orang islam yang makan di situ. Jadi tak telintas pun makanan itu halal ke tidak. Saya rasa rakan-rakan pun bersetuju dengan pendapat saya sebab kalau dah tengok ramai orang islam makan sudah tentu makanan itu halal berbanding dengan di restoran yang majoriti dikunjungi orang bukan islam kan?

Tapi setelah diberikan tugasan oleh Dr Reevany berkaitan dengan halal logo di restoran, Ya Allah betapa daifnya saya mengenai isu halal ini. Betapa selama ini saya meremehkan sahaja isu makanan yang saya makan. Timbul rasa berdosa pun ada.

Oleh itu kumpulan kami telah membuat tinjauan di Quen Bay. kami mendapati tiada tanda logo halal di sepanjang arena restoran. Ada juga beberapa restoran lain yang masih dikunjungi ramai orang islam namun tiada tanda halal seperti Old Town White Coffee, Sushi King dan Mahentan Fish.

Ini memperlihatkan kepada kita semua, bahawa masih ramai yang tidak mengambil perhatian berkaitan dengan makanan yang dimakan sama ada halal atau pun tidak.

Walaupun ramai di kalangan orang islam yang makan di restoran tersebut, ini tak bermakna makanan itu benar-benar halal. Kita perlu selidiki dahulu status restoran tersebut sama ada halal untuk dimakan atau pun tidak. Jadi selepas ini saya berharap rakan-rakan peka dengan logo halal sebelum masuk mana-mana restoran. Sebab makanan yang kita makan akan mempengaruhi akhlak kita. kalau sebelum ini kita tak tahu mengenai isu ini mungkin kita tak berdosa, tapi kalau dah tahu n still buat-buat tak tahu tu, faham-faham sendiri la k.

halal.....atau...kenyag...

dalam hidup ni...korang rasa apa yang paling best....bercinta? belajar? makan? enjoy? ataupun....apa2 jer...tapi kami rasa dalam banyak benda tu kan...mst makan tu tersenarai dalam top 10 korangka....paling-paling pun makan tu lau bukan ranking kedua mstla kat ranking pertama kan..hehehehehe

sape yang xnak makan...apa orang kata, kadang-kadang kita ni makan untuk hidup,,,,
tapi kadang benda ni gak lah leh buat kita hidup untuk makan...hehehehehehe
apatah lagi kalau makan, masa tu orang belanjer...mstla semua nak makan kan....bende free
sape tak nak...
cuba la korang bayangkan kalau korang pergi ke restoran masa tu makanan mcm ni ada kat depan mata korang.... apa korang nak buat......??????? hehehehehheh




wah sedapnyer makanan nieeeeeee.....
lau makan ni leh buat kita xingat dah
orang lain...... ayam goreng ni lagi la....

kena lak makan masa panas-panas....

kek ni xyah cite la kan...

leh dikatakan memang favourite setiap orang...



tapi kami rasa kan kalau makanan ni semua kt depan mata mst tak sampai sejam semua dah licin kan...nasib baik jer pinggan dengan sudu semua xleh makan...lau tak semua korang rembat..kami pun mcm tu jugak...xlah kata korang je....makanan kan sedap....saper la tak nak makan kan.....

tapi sebenarnya, sebelum makan kat dalam sesebuah restoran tu kita kena la dulu peka pada LOGO HALAL yang ada kt restoran tu....mau tak taknye....

pemakanan kan dikatakan akan membentuk keperibadian,,,jadi kebanyakan dari kita bukan makan untuk hidup...tapi hidup untuk makan kan...kami sendiri pun macam tu jugak... sebab tu lah dalam artikel ni kami nak tanya korang.... kita makan untuk halal......atau....untuk kenyang jer....

andai kata lah selama ni kita dah banyak makan kat restoran tempatan atau pun anatarabangsa,,,tapi sedangkan restoran tu sebenarnya..tidak pernah sekali pun mendapat kelululusan halal daripada pihak jakim....mcm ne perasaan korang waktu ni...mst takutkan...apataknya, dah makanan yang tak halal selama ni....korang fikir patutlah perangai aku mcm ni pun..........mcm apa ek....hehehhe????? hehehehhe rupanya,,,makanan kan mempengaruhi keperibadian seseoarang tu.. korang rasa apa kita patut ambik tindakan kat restoran tu...atau kita sendiri yang lebih peka kepada LOGO HALAL tersebut...
















makan di hotel...

Apabila sebut tentang hotel, perkara pertama yang terbayang dalam minda kita adalah makanan yang enak dengan kepelbagaian dekorasinya yang membuatkan perut yang tak rasa lapar pun terpanggil-panggil hendak menjamah makanan yang disediakan. Research tentang restoran halal ini membuat saya terbuka mata terhadap dimana kita perlu makan dan waspada terhadap apa yang kita makan.

Akhbar Berita Harian, 30 Jun 2007, bertajuk "Elak hotel, restoran tiada sijil halal: Jais" membuatkan kita umat islam menjadi ragu-ragu untuk makan di hotel serta restoran yang tiada tanda halal. Menurut akhbar tersebut, Pengarah Jais sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusris Munawi mengakui bahawa sebahagian besar hotel dan restoran di Selangor tidak mempunyai sijil halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hotel Concord merupakan satu-satunya hotel yang memiliki sijil halal yang merangkumi sijil dapur pastri, dapur utama dan kafe. Maka dengan ini, hotel yang boleh dikunjungi tanpa was was adalah hotel Concord sahaja.

Walaupun sijil halal bukan satu kewajipan kepada pengusaha-pengusaha restauran, namun mereka tidak sepatutnya mengabaikan perkara ini. Hal ini kerana, mejoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama islam. Sebagai pengusaha makanan, sepatutnya mereka mempunyai tanggungjawab sosial kepada pengguna yang beragama islam.

Tuesday, March 3, 2009

You should worried...

when i surfing on halal food, a lot of hesitation regarding what have we ate before.. we should worried and should do something on it. Below the article that i found on www.islamonline.net should be read by all muslims, especially malaysian muslims.


Halal Logo on Non-Halal Food Upsets Malaysian Muslims
By Kazi Mahmood, IOL South East Asia Correspondent

KUALA LUMPUR, July 23 (IslamOnline) - Malaysian consumers are getting increasingly upset over reports of non-Halal products carrying the official Halal logo, leading to complaints to the authorities, news reports said Tuesday, July 23, 2002.
Several cases of abuse of the Halal logo has been found and reported to the proper authorities by concerned Malaysian Muslims, who said the logo was deliberately placed on non-Halal products.
The Islamic Development Department (Jakim) Monday, July 22, announced it was taking the necessary precautions to protect Muslim consumers.
However, concerns are high among Muslims that an abuse of the standards that guides halal certifications could lead to the consumption of non-halal food by their families, IslamOnline was told.
Jakim’s director of research Mustafa Abdul Rahman Monday told the local press in Kuala Lumpur that his organization is looking into two or three serious cases of misuse of the Jakim’s Halal logo.
Abdul Rahman commented on reports in local Malay language dailies about non-Halal products carrying the logo, which mislead many Muslim consumers to buy such products in the good faith that these were Halal.

The Sun Newspaper, an English daily distributed freely in Kuala Lumpur, reported that there were no laws in Malaysia that prevented manufacturers to issuing the Halal logo individually.
If the errant manufacturers are found cheating customers by displaying the logo on non-Halal products, the Jakim, which handles such cases can take action against them.
Individuals can be fined up to & 25, 000 for the first offence of misleading the consumers and the misuse of the logo. The penalty increases is doubled for subsequent offences. Companies can also be fined & 65, 000 to & 130, 000 altogether.
The Jakim said its Halal logo, which became a mark of trust on products permissible for use and consumption by Muslims, were issued only after the products has been certified as Halal by the appointed authorities.
“We will go through every single ingredient before issuing a halal certificate. If need be, we will travel overseas to check on the status of the ingredients used,” Abdul Rahman said.
“It is very difficult to know whether a product is really halal or not. If they start abusing the halal logo and stick it on non-halal products, there will be no trust in local manufacturers altogether,” a member of a consumer association told IslamOnline.

Another consumer, who is a top officer in a government agency told IslamOnline that logo printing on non-halal products were not the only problems Muslim consumers are facing.
He narrated an incident where his wife had to intervene at one of the giant supermarkets in Shah Alam, Kuala Lumpur, to get non-halal products removed from the shelf where halal products are displayed.
Malaysia has strict guidance on the display of non-halal products. Some super marts do not sell non-halal products, but most of them do. These products, destined to the non-Muslim clientele, are displayed in shelves that are totally separated from halal products.
The high ranking officer told IslamOnline that the issue of halal and non-halal has to be taken into consideration in Malaysia, considering the sensitivity of halal and non-halal products for Muslims.
Malaysia has a growing Muslim population that today stands at 60 percent of the 27 million people of the country. According to Abdul Rahman, the Malaysian Halal standard was introduced in 1982 and reviewed in 1993.

The printing of the logo certifying a product is halal was made necessary since Malaysia has a majority Muslim population but its manufacturers are not necessarily of the same faith.
Malaysia also imports a variety of products from other countries, some of these products, including Chocolates and sweets or meat and other consumables, are not halal.
The importers of halal products have the obligation to repack their products according to local needs and standards, and in such cases that is where the halal logo is needed.
The halal standard is meant as a guideline to the industries involved in the processing of halal food as well as a basis for ascertaining the halal status by the Malaysian concerned authorities.

HALAL LOGO AROUND ASIA

We post this halal logo for you all to give the information about halal logo around asia. it can help you find the halal restaurant if you all visit around asia.














RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI

INTI pati Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Muslim untuk memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan.

Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman serba moden, kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja, tetapi lupa mencari makanan seimbang untuk pembentukan lahiriah dan rohaniah.Bagaimana hubungan rohani dengan makanan dan juga kesihatan?

Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu semula jadi dari hati, berhubung keperluan hidup iaitu jantung dan otak manusia.Selaras dengan itu, ketiga-tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat terbaik untuk tubuh badan manusia.Di sini jelas menunjukkan kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan hati, jantung dan otak, organ penting di dalam jasad manusia dalam pembangunan jasmani dan rohani mengikut acuan berlandaskan lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang hati mempunyai peranan besar di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang.Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”.

(Hadis riwayat Bukhari) Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Wednesday, February 25, 2009

Buku Panduan Restoran Halal Kuala Lumpur

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

PELBAGAI sebab pengunjung datang ke negara ini. Ada yang mengakui terpanggil untuk melawat Malaysia kerana faktor cuaca, rakyatnya peramah selain jawapan biasa, pemandangan yang indah lagi cantik dimiliki negara ini.
Namun makanan juga menjadi penyebab yang menyumbang kepada kunjungan bilangan pelancong.

Sebab atau kaitan makanan dengan pelancongan ini tidak boleh dinafikan, kalau boleh barangkali jangan diabaikan sama sekali. Contohnya agak mudah, lihat sahaja Thailand. Pengunjung luar datang ke negara itu kerana hidangan popularnya iaitu Tomyam. Ia popular di mana-mana. Begitu juga India. Negara itu dicari kerana kari dan rempahnya yang asli.
Dan Malaysia diharap dapat menjual faktor makanan ini bagi menarik lebih ramai pelancong datang melawat negara. Kelebihannya ialah, Malaysia banyak menyediakan makanan halal – yang sudah semestinya dicari oleh pelancong Muslim dari seluruh dunia.
Tetapi, begitupun kuat faktor makanan halal itu dapat menarik pelancong asing, ia tidak akan membawa apa-apa makna jika tiada panduan buat mereka. Dengan perkataan lain, Malaysia tidak boleh ‘menjual’ makanan halal terbabit jika tiada penunjuk arah bagi membolehkan adanya ‘pembeli’.

Dalam hal ini, terima kasih kepada KasehDia Sdn. Bhd, sebuah syarikat komunikasi dan perundingan yang menerbitkan Siri Panduan Makanan Halal (Halal Food Guide) sejak tahun 2003 untuk menjadi ‘penunjuk arah’ makanan halal, sekali gus berupaya menjual makanan halal ini bukan sahaja buat pelancong tetapi melibatkan semua umat Islam di seluruh dunia.
Dalam Siri Panduan Makanan Halal, KasehDia Sdn. Bhd. telah menerbitkan bukan setakat Kuala Lumpur tetapi turut meliputi juga panduan makanan halal di Singapura, London, Dubai, Australia, Kanda dan New Zealand.
‘‘Edisi pertama Makanan Halal Kuala Lumpur mendapat sambutan menggalakkan, begitu juga panduan makanan halal di negara-negara lain.

‘‘Terfikir juga bahawa ia perlu diperluaskan, apatah lagi sesuai dengan TMM07, jadi sifatnya Makanan Halal Kuala Lumpur diterbitkan bersama lebih banyak tempat makanan yang menawarkan menu halal,’’ kata Pengarah Urusan KasehDia Sdn. Bhd, Jumaatun Azmi.
Dan itulah lahirnya Halal Food Kuala Lumpur atau Makanan Halal Kuala Lumpur bagi edisi kedua.
Sedikit mengenai edisi kedua Makanan Halal Kuala Lumpur ini, ia meliputi 112 buah kedai makan di sekitar Kuala Lumpur yang merangkumi kafe, warung, bistro, restoran dan juga tempat makan lain.

Buku panduan berukuran A5 dengan 128 halaman ini diterbitkan secara berwarna-warni berserta gambar untuk setiap ulasan yang dilengkapi maklumat penting seperti alamat, nombor telefon tempat makan, waktu operasi, menu serta harga yang ditawarkan.
Pelancaran buku berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada majlis sederhana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penerbitan buku panduan untuk makanan halal yang dianggap pertama seumpamanya di dunia itu, akan berada di pasaran pada Mac ini dan khalayak boleh mendapatkannya di semua kedai buku utama dengan harga RM19.90.

Dalam pada itu, Jumaatun semasa berucap pada majlis tersebut memberitahu, Makanan Halal Kuala Lumpur mengikuti konsep sama seperti edisi pertama yang dihasilkan pada 2003.
‘‘Seperkara perlu diingatkan ialah aspek makanan halal ini tidak hanya terhad pada makanan Melayu atau Timur Tengah sahaja, tetapi termasuk juga makanan antarabangsa yang terdapat di sekitar bandar raya pada masa ini.’’

Semua restoran, kafe, bistro dan tempat makan yang disenaraikan dalam Makanan Halal Kuala Lumpur mewakili konsep halal yang menjadi agenda penting negara dalam usahanya meningkatkan mutu serta kualiti bagi semua restoran demi mempromosikan makanan halal.
Sementara itu, sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM07), daripada sejumlah 20,000 naskhah yang dicetak untuk cetakan pertama, sebanyak 10,000 naskhah akan diberikan kepada Kementerian Pelancongan bagi diagihkan kepada seluruh pejabat perwakilan serta rakan-rakan kongsi utama mereka di seluruh dunia.

Jadi terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab dengan hal-hal pelancongan ini untuk ‘menjual’ Malaysia bersama makanan halal.
Jangan dilupakan bahawa bukankah makanan sering diumpamakan sebagai cara paling berkesan untuk mengenali rakyat, budaya, tradisi serta sesebuah negara itu dengan lebih dekat?

sumber : Utusan Malaysia 26/2/07

Saturday, February 14, 2009


Food court in Queensbay Mall Penang name Arena are the most visited place by visitor especially USM student. a lot of stall with variety of food are sold there. But can u see where the halal sign are publish??

Monday, February 9, 2009

dedication..


This is a halal sign produced by jabatan kemajuan islam Malaysia (jakim). Our blog are dedicated to create an awareness abaut the important of halal sign being publish by all restaurant that surve halal foods in this country. The major issue in this context is…. Yes maybe the restaurant got the halal certificate but if they don’t publish the halal sign, it can make people doubtful to enter their restaurant. It they any halal sign were publish in anywhere in their restaurant of cause people wont hesitate to eat there. Don’t you guys..