Wednesday, March 25, 2009

Halal dan Ekonomi

Sesungguhnya menyediakan makanan halal bukan saja satu tindakan yang memberi tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Malah dengan menyediakan makanan halal, ia juga boleh menambahkan pendapatan kepada pengusaha. Keyakinan yang diperolehi daripada pengguna yang menginginkan makanan halal kini bukan saja terhadap mereka yang beragama islam, malah ia juga telah mendapat sambutan kepada mereka yang menganut agama-agama lain. Sesungguhnya Makanan yang halal adalah makanan yang bersih. Dengan tersiarnya petikan peluang teroka makanan halal yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia ini, sepatutnya menjadi satu inspirasi kepada pengusaha untuk mendapatkan sijil dan logo halal bagi primis makanan mereka.




Peluang teroka makanan halal


KUALA LUMPUR 18 Mac - Pelabur negara ini diminta meneroka industri pemakanan halal di Republik Kyrgyz yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan pada masa akan datang.
Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, dengan 67 peratus penduduk negara itu beragama Islam, pelaburan tersebut amat menguntungkan.

Beliau berkata, kedudukan negara itu di antara China, Uzbezkistan dan Tajikistan yang juga mempunyai penduduk Islam yang cukup ramai, turut menjadi daya tarikan.
"Di sana, pelabur yang mempunyai kepakaran serta pasaran dalam industri pemakanan halal mempunyai prospek untuk mengembangkan bisnes,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Kaunselor Kedutaan Kyrgyz, Lira Sabyrouq yang mengetuai delegasi dari negara itu di sini semalam.
"Daripada perbincangan dengan mereka, didapati keadaan muka bumi di sana cukup sesuai memajukan industri terbabit.

"Selain daripada dua sektor itu, sektor perlombongan seperti emas dan raksa, pertanian serta pelancongan juga antara peluang pelaburan yang menarik,'' ujarnya.

sumber : Utusan malaysia 19 Mac 2009

0 comments: