Wednesday, March 4, 2009

makan di hotel...

Apabila sebut tentang hotel, perkara pertama yang terbayang dalam minda kita adalah makanan yang enak dengan kepelbagaian dekorasinya yang membuatkan perut yang tak rasa lapar pun terpanggil-panggil hendak menjamah makanan yang disediakan. Research tentang restoran halal ini membuat saya terbuka mata terhadap dimana kita perlu makan dan waspada terhadap apa yang kita makan.

Akhbar Berita Harian, 30 Jun 2007, bertajuk "Elak hotel, restoran tiada sijil halal: Jais" membuatkan kita umat islam menjadi ragu-ragu untuk makan di hotel serta restoran yang tiada tanda halal. Menurut akhbar tersebut, Pengarah Jais sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusris Munawi mengakui bahawa sebahagian besar hotel dan restoran di Selangor tidak mempunyai sijil halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hotel Concord merupakan satu-satunya hotel yang memiliki sijil halal yang merangkumi sijil dapur pastri, dapur utama dan kafe. Maka dengan ini, hotel yang boleh dikunjungi tanpa was was adalah hotel Concord sahaja.

Walaupun sijil halal bukan satu kewajipan kepada pengusaha-pengusaha restauran, namun mereka tidak sepatutnya mengabaikan perkara ini. Hal ini kerana, mejoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama islam. Sebagai pengusaha makanan, sepatutnya mereka mempunyai tanggungjawab sosial kepada pengguna yang beragama islam.

0 comments: