Thursday, March 26, 2009

ISu-isu tentang susahnya pengusaha nak dapatkan sijil HALAL...macam apa yang saya perkatakan...jom baca...hangat ni..

TCRS Nafi Tidak Dapat Sijil Halal Jakim
7 JULAI 2008 - UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 6 Julai - The Chicken Rice Shop hari ini menafikan khabar angin bahawa rangkaian restoran itu masih belum mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah The Chicken Rice Shop Sdn. Bhd. (TCRC), Wong Kah Lin (gambar) berkata, restoran yang berusia lapan tahun itu sudah menerima sijil berkenaan pada tahun 2005.
Malah beliau memberitahu, pengiktirafan halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula diperoleh sewaktu pihaknya memulakan rangkaian restoran di negeri berkenaan.
Katanya, sebagai penambahbaikan, pihaknya turut melantik dua pegawai syariah yang akan memantau status halal restoran itu dari semasa ke semasa selain empat ahli jawatan kuasa halal yang lain.
Pihaknya bagaimanapun berasa kecewa kerana masih terdapat e-mel berantai yang berterusan meragui status halal restoran berkenaan.
''Kami tidak tahu siapa yang sering membangkitkan masalah itu melalui laman internet dan ia boleh menjejaskan nama baik dan perniagaan restoran ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia , baru-baru ini.
The Chicken Rice Shop kini mempunyai 50 buah rangkaian restoran di seluruh negara dan sebuah restoran francais di Singapura selain dua buah lagi di Jakarta, Indonesia.
Antara hidangan istimewa yang disajikan di restoran berkenaan adalah nasi ayam Hainan yang ditawarkan pada harga RM6.90 serta kari laksa.
Selain nasi ayam, The Chicken Rice Shop juga menyediakan pelbagai hidangan sampingan yang boleh dinikmati ramai seperti pai tee, sayur-sayuran segar dengan sos tiram, sayur campur pedas, bebola ikan dan banyak lagi mengikut kesesuaian menu set yang diminta.
Kah Lin memberitahu, perniagaannya tetap mendapat sambutan dan kepercayaan masyarakat walaupun dilemparkan pelbagai khabar angin.
Katanya, ini kerana pihaknya mengambil langkah dengan sentiasa memberi penjelasan kepada para pelanggan mengenai status halal restoran itu.
"Kami turut berkongsi pandangan dengan pelanggan dan membalas e-mel kepada mereka yang cuba bertanya mengenai status halal restoran kami.
''Halal bukan sahaja dari segi cara penyembelihan dan proses pengendalian makanan sahaja, malah kesemuanya, termasuk dari segi produk rempah, sos yang digunakan dan sebagainya," katanya.
Beliau menambah, pihaknya memberi fokus yang lebih kepada pasaran tempatan berbanding luar negara memandangkan sambutan di dalam negara amat memberangsangkan.
Katanya, pihaknya bagaimanapun masih meneliti cadangan untuk membuka beberapa restoran francais ke luar negara seperti San Francisco di Amerika Syarikat, China dan Vietnam.
Ini kerana pihaknya terpaksa memikirkan pelbagai faktor termasuk kestabilan politik dan ekonomi di negara-negara berkenaan.

ini lah gambarannya kawan-kawan...

0 comments: