Untuk maklumat semua berdasarkan kajian kami, Malaysia tidak mempunyai Akta Halal untuk memantau dan menghalang serta mengambil tindakan salah guna persijilan halal terutama terhadap pemilik restoran yang menyalah guna persijilan halal.
Oleh kerana tiada Akta khusus ini, maka penyalah gunaan persijilan halal dalam kalangan pemilik restoran sering berlaku kerana mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan mereka. Oleh itu mereka berani untuk melakukan tindakan sedemikian.
Oleh hal demikian, berdasarkan kajian kami, mendapati bahawa Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menggubal Akta Halal. Langkah ini dapat mengurangkan penipuan sijil halal dalam kalangan pemilik restoran dan pengguna tidak perlu berasa sangsi dengan sijil dan tanda halal yang dipemerkan di restoran. Di bawah ini adalah cadangan untuk menggubal Akta Halal.
Sumber: Bernama.com
27 Ogos, 2008 20:52 PM
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengubal Akta Halal. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Jamil Bidin berkata perbadanan itu kini dalam proses merangka akta yang akan membantu usaha memantau dan menghalang salah guna pensijilan halal di negara ini. "Di Malaysia, kita tidak mempunyai akta khusus untuk pengkuatkuasaan berhubung salah guna pensijilan halal, terutama di kalangan pemilik restoran," katanya kepada pemberita di sini Rabu. "Kami harap menerusi akta itu, semua kitaran kewibawaan halal akan dilindungi," katanya.
Beliau berkata proses mendraf akta itu dijangka selesai menjelang akhir tahun depan. Kini, sejumlah 26 hotel dan 500 restoran di seluruh negara memperoleh sijil halal. HDC ditubuhkan pada 2006 sebagai syarikat milik penuh Kementerian Kewangan. Ia baru-baru ini diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Halal Malaysia, yang sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
HDC dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memodali industri halal global yang bernilai trilion dollar. Ia juga diberi mandat untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi halal di Malaysia dan dalam masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai hab dan pusat rujukan utama. Ia dilakukan menerusi penyelidikan dan pembangunan pensijilan halal menyeluruh selain menyokong pertumbuhan infrastruktur.
Jamil berkata HDC telah mewujudkan rangkaian program latihan halal bagi meningkatkan kefahaman dan membangunkan modal insan dalam industri itu. Beliau berkata program latihan disediakan untuk orang awam, Islam dan bukan Islam.-- BERNAMA
come & please come again & again...
15 years ago
0 comments:
Post a Comment