Tuesday, March 31, 2009

cadangan logo halal kepada Healthycampus.

Dibawah ini adalah cadangan yang telah diutarakan kepada feedback healthy campus agar pada masa depan diharap cafe-cafe di USM mempunyai tanda halal dan pelajar bukan saja sihat secara fizikal bahkan sihat spiritual.

Comments/Feedback/Suggestions
Please fill in all required fields
Title :
Comments :



Comments / Suggestions


Logo halal di Cafe Desasiswa

salam sejahtera,
saya mencadangkan pada masa depan agar pihak kampus sejahtera menggesa pengusaha kafe disetiap desa siswa untuk memohon tanda halal atau sijil halal bagi gerai mereka. Perkara ini amat penting kerana pada masa sekarang juga telah dapat dilihat, gerai yang bernama Shamaas cafe di Desasiswa Indah Kembara tidak mendapat sambutan pelajar islam disebabkan keraguan halal makanan yang disediakan. Dengan adanya status halal tersebut maka semua pelajar pada masa akan datang tidak lagi meragui perkara tersebut. Pelajar sihat fizikal dan spiritual. sekian terima kasih
31/3/2009




--------------------------------------------------------------------------------

Healthycampus
Universiti Sains Malaysia
Copyright 2009

Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak





Begitulah yang boleh kita umpamakan apabila membuat tinjauan restoran-restoran yang tidak mempamerkan tanda halal diluar sana. Sedangkan cafe-cafe di USM sendiri tidak mempamerkan tanda halal...Mengapa perkara ini berlaku? USM terpilih menjadi APEX Universiti, adakah perancangan terhadap pempameran tanda halal disetiap cafe di desa Siswa akan di buat pada masa depan..sama sama kita nantikan.

Desa Siswa Indah Kembara merupakan satu desasiswa di kampus Induk USM. terdapat satu cafe disini dimiliki oleh Kaum India yang dinamaka Shamaa cafe. Makanan yang disediakan juga merupakan masakan kaum India. Hal yang dapat diperhatikan dari hari demi hari, pelajar dari kaum India dan adakala pelajar kaum cina sahaja yang menikmati masakan disitu, paling tidak pun pada sebelah pagi terdapat segelintir pelajar kaum melayu menikmati roti canai di gerai tersebut. Mengapa perkara ini berlaku???? sudah pasti status kehalalan yang diragui bukan... cafe tersebut tidak memiliki sebarang tanda halal atau sijil halal di gerainya. maka tidak mustahil pelajar melayu @ islam ragu-ragu untuk menikmati hidangan digerai tersebut.

Mungkinkah pihak pembangunan USM tidak menyedari hal ini...mari kita suarakan..

Sunday, March 29, 2009

Kerjasama oleh pihak restoran di Carrefour, Seberang Prai, Jusco di QueenBay Mall danGiant Bayan Baru.

Untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan restoran berkaitan dengan isu tanda halal yang dikaji, kami telah menghantar email kepada pihak pengurusan Carrefour, Seberang Prai, Jusco di QueenBay Mall dan Giant, Bayan Baru. Hal ini kerana ketiga-tiga restoran di premis berkenaan tidak mengambil berat akan tanda halal di restoran di premis mereka. Sebagai rujukan, di bawah ini di lampirkan kandungan email yang di tulis dan balasan yang diterima oleg kedua-dua pasaraya berkenaan.

(1) Email kepada CARREFOUR, Seberang Prai
To: penangprai_my@carrefour.com
cc: asdanatie@yahoo.com
Subject: Isu Halal Label..Sila lebih peka

Kepada siapa yang berkenaan,
Salam sejahtera
Pertama sekali, disini kami ingin perkenalkan diri kami pelajar fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang iaitu Dahniar, Asmar Nida, Ruziati dan Zainudin. Tujuan kami menulis ke email Feedback Carrefour ini adalah untuk mengetengahkan satu isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Carrefour iaitu isu halal label di restoran.

Untuk pengetahuan pihak tuan, apabila kami diberi tugasan membuat tinjauan penyelidikan mengenai restoran yang mempamerkan logo halal di premis terutama disekitar Pulau Pinang, kami dapati banyak restoran tidak mempamerkan logo atau sijil halal kepada umum. Salah satu restoran yang telah kami tinjau tidak mempamerkan sijil halal atau logo halal adalah Cili Padi FOOD COURT yang dimiliki oleh Carrefour di Seberang Prai, Pulau Pinang. Apabila tinjauan dibuat kami mendapati bahawa kesemua pemilik restoran di situ adalah terdiri dalam kalangan orang Islam. Namun terdetik sejenak dihati kami di mana tanda halal atau pun sijil halal di restoran? Tiada sebarang tanda halal yang dipamerkan di sepanjang restoran tersebut.

Walaupun restoran di cili padi FOOD COURT ini dimiliki oleh orang Islam, sepatutnya pihak tuan perlu meletakkan tanda halal kerana ini lebih memberikan jaminan kepada pengguna yang datang. Walaupun kami sendiri sedar bahawa pihak berkuasa tidak mewajibkan kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab sosial pengusaha kepada masyarakat yang perlu diberi perhatian.

Hal ini kerana Carrefour Seberang Prai ini merupakan sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar Pulau Pinang dan juga mereka yang datang dari luar. Maka sudah pasti Cili Padi Food Court juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi untuk menikmati hidangan. Selanjutnya, untuk pengetahuan pihak tuan, untuk mendapatkan gambaran berkaitan dengan tinjauan kami di Carrefour tersebut, pihak tuan boleh melayari web blog kami di alamat http://www.asdanatie.blogspot.com/Kami berharap pihak tuan dapat mengambil perhatian terhadap isu halal direstoran dan selanjutnya dapat menunjukkan rasa tanggungjawab sosial korporat Carrefour kepada pengguna dan masyarakat.

Sekian, terima kasih Daripada, Pelajar yang perihatin.

Tindakbalas...

Salam sejahtera Asdanatie.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih untuk mengambil masa saudari menulis terus kepada kami. Saya sendiri telah melihat keadaan yang saudari maklumkan dibawah. Pihak kami akan membuat suatu kenyataan rasmi dalam masa yang terdekat ini. Sekian, terima kasih. Yang iklas,DS@yahoo.com> on 03/27/2009 09:27:21 PM" width=16 border=0>Asdanatie Asdanatie @yahoo.com> on 03/27/2009 09:27:21 PM

(2) Email kepada Jusco

From: Asdanatie Asdanatie
asdanatie@yahoo.com
To: feedback@jusco.com.mySent: Thursday, March 26, 2009 8:51:28 PM
Subject: Halal Restoran, minta ambil perhatian

Kepada siapa yang berkenaan,

Salam sejahtera

Pertama sekali, disini kami ingin perkenalkan diri kami pelajar fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang iaitu Dahniar, Asmar Nida, Ruziati dan Zainudin. Tujuan kami menulis ke email Feedback Jusco ini adalah untuk mengetengahkan satu isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Jusco iaitu isu halal label di restoran.

Untuk pengetahuan pihak tuan, apabila kami diberi tugasan membuat tinjauan penyelidikan mengenai restoran yang mempamerkan logo halal di premis terutama disekitar Pulau Pinang, kami dapati banyak restoran tidak mempamerkan logo atau sijil halal kepada umum. Salah satu restoran yang telah kami tinjau tidak mempamerkan sijil halal atau logo halal adalah Arena Food Court yang dimiliki oleh Jusco di Queensbay Mall Pulau Pinang . Apabila tinjauan dibuat didapati, bukan kesemua gerai menghidangkan makanan islam. Terdapat juga makanan cina dan barat turut dijual digerai-gerai tersebut. Manakala pekerja yang mengendalikan gerai tersebut juga bukan kesemua mereka yang beragama islam. Maka dengan ini, ia telah mendatangkan rasa was was kepada pengunjung tentang status halal makanan yang dihidangkan.

Walaupun kami sendiri sedar bahawa pihak berkuasa tidak mewajibkan kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab sosial pengusaha kepada masyarakat yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana Queensbay Mall Pulau Pinang merupakan sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan masyarakat Pulau Pinang dan juga mereka yang datang dari luar. Maka sudah pasti Arena Food Court juga salah satu tempat yang wajib dikunjungi untuk menikmati hidangan.

Selanjutnya, untuk pengetahuan pihak tuan, hasil tinjauan kami terhadap restoran-restoran sama ada yang tidak mempamekan sijil halal ataupun yang mempunyai sijil halal telah kami masukkan ke dalam webblog kami yang beralamat http://asdanatie.blogspot.com

Kami berharap pihak tuan dapat mengambil perhatian terhadap isu halal direstoran dan selanjutnya dapat menunjukkan rasa tanggungjawab sosial korporat jusco kepada pengguna dan masyarakat.

Sekian, terima kasih

Daripada,

Pelajar yang perihatin.

Email yang dihantar kepada Jusco, di Queen Bay Mall tidak mendapat sebarang tindakbalas.

(3) Email kepada Giant, Bayan Baru

To:
http://www.giant.com.my/
cc:
asdanatie@yahoo.com
Subject: Isu halal label..sila lebih peka

Kepada sesiapa berkenaan,

Salam sejahtera

Pertama sekali, disini kami ingin perkenalkan diri kami pelajar fakulti Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang iaitu Dahniar, Asmar Nida, Ruziati dan Zainudin. Tujuan kami menulis ke email Feedback Carrefour ini adalah untuk mengetengahkan satu isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Carrefour iaitu isu halal label di restoran.

Untuk pengetahuan pihak tuan, apabila kami diberi tugasan membuat tinjauan penyelidikan mengenai restoran yang mempamerkan logo halal di premis terutama disekitar Pulau Pinang, kami dapati banyak restoran tidak mempamerkan logo atau sijil halal kepada umum. Salah satu restoran yang telah kami tinjau tidak mempamerkan sijil halal atau logo halal adalah Cili Padi FOOD COURT yang dimiliki oleh Carrefour di Seberang Prai, Pulau Pinang. Apabila tinjauan dibuat kami mendapati bahawa kesemua pemilik restoran di situ adalah terdiri dalam kalangan orang Islam. Namun terdetik sejenak dihati kami di mana tanda halal atau pun sijil halal di restoran? Tiada sebarang tanda halal yang dipamerkan di sepanjang restoran tersebut. Walaupun restoran di cili padi FOOD COURT ini dimiliki oleh orang Islam, sepatutnya pihak tuan perlu meletakkan tanda halal kerana ini lebih memberikan jaminan kepada pengguna yang datang.

Walaupun kami sendiri sedar bahawa pihak berkuasa tidak mewajibkan kepada pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil halal, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab sosial pengusaha kepada masyarakat yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana Carrefour Seberang Prai ini merupakan sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar Pulau Pinang dan juga mereka yang datang dari luar. Maka sudah pasti Cili Padi Food Court juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi untuk menikmati hidangan.

Selanjutnya, untuk pengetahuan pihak tuan, untuk mendapatkan gambaran berkaitan dengan tinjauan kami di Carrefour tersebut, pihak tuan boleh melayari web blog kami di alamat
www.asdanatie.blogspot.com
Kami berharap pihak tuan dapat mengambil perhatian terhadap isu halal direstoran dan selanjutnya dapat menunjukkan rasa tanggungjawab sosial korporat Carrefour kepada pengguna dan masyarakat.

Sekian, terima kasih

Daripada,

Pelajar yang perihatin.


Tindakbalas,
Dear valued customer, We have received your comment.Your comment is important to help us improve our services. We will reply you as soon as possible.Thank you.From:Sara, Giant Customer Servicecustomerservice@giant.com.

masyarakat perlu jelas tentang konsep logo halal di restoran

kita sebagai masyarakat islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan silam sepatutnya perlu lebih peka lagi berkaitan dengan isu logo halal direstoran. seperti mana tinjauan kami di beberapa restoran di sekitar pulau pinang, kebanyakan diantara restoran yang mnedapat sijil halal adalah restoran yang mana dimiliki oleh kaum cina. yang mana pengusaha dan juga pekerjanya juga adalah dalam kalangan bukan islam. pada pendapat saudari semua adakah restoran ini benar-benar halal atau sebaliknya.....
ini pula adalah tinjauan kami di tesco besar pulau pinang...

walaupun makanan yang disediakan halal...tetapi adakah cara penyediaannya betul dari segi islam....

salah sebuah restoran yang terdapat di tesco ini......

masyarakat islam sendiri sebenarnya berhak memilih makanan halal mereka mengikut hukum syarak yang telah pun ditetapkan dalam islam. yang mana dalam islam itu senddiri menitik beratkan cara pengurusan dan cara pemprosesan makanan tersebut. adakah semasa penyediaan makanan tersebut dilakukan tempat tersebut terhindar dari sebarang najis. adakah tempat penyimpanan bahan-bahan makanan tersebut juga adalah bercampur-campur dengan bahan-bahan haram disisi islam. begitu juga dari segi pengangkutan, adakah bahan makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan makanan haram disisi islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan daging ayam di dalam sebuah lori yang sama. jadi disini sebenarnya walaupun kebanyakan restoran bukan dimiliki islam tetapi mendapat sijil halal adakah anda rasa restoran tersebut benar-benar halal atau sebaliknya.... seperti kebanyakan restoran yang di gambar di atas adalah milik bukan islam....tetapi mereka telah mendapat sijil halal. jika anda sendiri was-was akan kehalalannya...maka buatlah pilihan terbaik...pilihan adalah ditangan anda.....anda berhak menentukan apa yang diingini....

Thursday, March 26, 2009

HDC akan Cadang Penggubalan Akta Halal kepada Kerajaan

Untuk maklumat semua berdasarkan kajian kami, Malaysia tidak mempunyai Akta Halal untuk memantau dan menghalang serta mengambil tindakan salah guna persijilan halal terutama terhadap pemilik restoran yang menyalah guna persijilan halal.

Oleh kerana tiada Akta khusus ini, maka penyalah gunaan persijilan halal dalam kalangan pemilik restoran sering berlaku kerana mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan mereka. Oleh itu mereka berani untuk melakukan tindakan sedemikian.

Oleh hal demikian, berdasarkan kajian kami, mendapati bahawa Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menggubal Akta Halal. Langkah ini dapat mengurangkan penipuan sijil halal dalam kalangan pemilik restoran dan pengguna tidak perlu berasa sangsi dengan sijil dan tanda halal yang dipemerkan di restoran. Di bawah ini adalah cadangan untuk menggubal Akta Halal.

Sumber: Bernama.com
27 Ogos, 2008 20:52 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengubal Akta Halal. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Jamil Bidin berkata perbadanan itu kini dalam proses merangka akta yang akan membantu usaha memantau dan menghalang salah guna pensijilan halal di negara ini. "Di Malaysia, kita tidak mempunyai akta khusus untuk pengkuatkuasaan berhubung salah guna pensijilan halal, terutama di kalangan pemilik restoran," katanya kepada pemberita di sini Rabu. "Kami harap menerusi akta itu, semua kitaran kewibawaan halal akan dilindungi," katanya.

Beliau berkata proses mendraf akta itu dijangka selesai menjelang akhir tahun depan. Kini, sejumlah 26 hotel dan 500 restoran di seluruh negara memperoleh sijil halal. HDC ditubuhkan pada 2006 sebagai syarikat milik penuh Kementerian Kewangan. Ia baru-baru ini diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Halal Malaysia, yang sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

HDC dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memodali industri halal global yang bernilai trilion dollar. Ia juga diberi mandat untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi halal di Malaysia dan dalam masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai hab dan pusat rujukan utama. Ia dilakukan menerusi penyelidikan dan pembangunan pensijilan halal menyeluruh selain menyokong pertumbuhan infrastruktur.

Jamil berkata HDC telah mewujudkan rangkaian program latihan halal bagi meningkatkan kefahaman dan membangunkan modal insan dalam industri itu. Beliau berkata program latihan disediakan untuk orang awam, Islam dan bukan Islam.-- BERNAMA
haaaii KAWAN-KAWAN SELAMAT DATANG KE MIDVALLEY...TEMPAT BELI BELAH YANG TERBESAR DI KUALA LUMPUR..
PELBAGAI JENIS RESTAURAN YANG ADA,,HANYA KITA PERLU MEMILIHNYA SAHAJA...
JANGAN TAKUT KEBANYAKAN NYA KEDAI MAKAN ADALAH HALAL....WALAUPUN ADA YANG NON-HALAL
TENGOK RAKAN-RAKAN BANYAK KAN KEDAI MINIMAN DAN MAKANAN YANG TERSEDIA.....
JOM KITA PAKAT PI SANA HEHEHE....





ISu-isu tentang susahnya pengusaha nak dapatkan sijil HALAL...macam apa yang saya perkatakan...jom baca...hangat ni..

TCRS Nafi Tidak Dapat Sijil Halal Jakim
7 JULAI 2008 - UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 6 Julai - The Chicken Rice Shop hari ini menafikan khabar angin bahawa rangkaian restoran itu masih belum mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah The Chicken Rice Shop Sdn. Bhd. (TCRC), Wong Kah Lin (gambar) berkata, restoran yang berusia lapan tahun itu sudah menerima sijil berkenaan pada tahun 2005.
Malah beliau memberitahu, pengiktirafan halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula diperoleh sewaktu pihaknya memulakan rangkaian restoran di negeri berkenaan.
Katanya, sebagai penambahbaikan, pihaknya turut melantik dua pegawai syariah yang akan memantau status halal restoran itu dari semasa ke semasa selain empat ahli jawatan kuasa halal yang lain.
Pihaknya bagaimanapun berasa kecewa kerana masih terdapat e-mel berantai yang berterusan meragui status halal restoran berkenaan.
''Kami tidak tahu siapa yang sering membangkitkan masalah itu melalui laman internet dan ia boleh menjejaskan nama baik dan perniagaan restoran ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia , baru-baru ini.
The Chicken Rice Shop kini mempunyai 50 buah rangkaian restoran di seluruh negara dan sebuah restoran francais di Singapura selain dua buah lagi di Jakarta, Indonesia.
Antara hidangan istimewa yang disajikan di restoran berkenaan adalah nasi ayam Hainan yang ditawarkan pada harga RM6.90 serta kari laksa.
Selain nasi ayam, The Chicken Rice Shop juga menyediakan pelbagai hidangan sampingan yang boleh dinikmati ramai seperti pai tee, sayur-sayuran segar dengan sos tiram, sayur campur pedas, bebola ikan dan banyak lagi mengikut kesesuaian menu set yang diminta.
Kah Lin memberitahu, perniagaannya tetap mendapat sambutan dan kepercayaan masyarakat walaupun dilemparkan pelbagai khabar angin.
Katanya, ini kerana pihaknya mengambil langkah dengan sentiasa memberi penjelasan kepada para pelanggan mengenai status halal restoran itu.
"Kami turut berkongsi pandangan dengan pelanggan dan membalas e-mel kepada mereka yang cuba bertanya mengenai status halal restoran kami.
''Halal bukan sahaja dari segi cara penyembelihan dan proses pengendalian makanan sahaja, malah kesemuanya, termasuk dari segi produk rempah, sos yang digunakan dan sebagainya," katanya.
Beliau menambah, pihaknya memberi fokus yang lebih kepada pasaran tempatan berbanding luar negara memandangkan sambutan di dalam negara amat memberangsangkan.
Katanya, pihaknya bagaimanapun masih meneliti cadangan untuk membuka beberapa restoran francais ke luar negara seperti San Francisco di Amerika Syarikat, China dan Vietnam.
Ini kerana pihaknya terpaksa memikirkan pelbagai faktor termasuk kestabilan politik dan ekonomi di negara-negara berkenaan.

ini lah gambarannya kawan-kawan...

Sikap pemilik restoran perlu diubah


Isu halal label di restoran semakin hebat diperkatakan pada masa kini tidak kira oleh media massa, ahli politik, pihak berkuasa, pengguna mahupun pengusaha restoran sendiri. Malah perbincangan berkaitan isu halal logo di restoran semakin mendapat tempat ruang internet seperti ruang blog. Masing-masing melontarkan pandangan dan cadangan dalam meningkatkan kesedaran mengenai logo halal di restoran.

Walaupun terdapat banyak restoran yang sudah mulai sedar akan tanggungjawab mereka untuk memberi jaminan kepada pengguna berkaitan dengan makanan yang disediakan di restoran mereka dengan meletakkan logo halal di premis mereka, namun masih ramai pengusaha yang tiada kesedaran untuk turut serta mempamerkan logo halal di premis mereka..Antaranya seperti pemilik restoran di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Tinjauan di Lapangan Terbang

Pemilik restoran yang tiada kesedaran tentang isu halal logo.




Pengusaha restoran ibarat 'katak bawah tempurung'


Sikap pemilik restoran yang masih lagi tidak meletakkan tanda halal di restoran mereka ini perlu diubah. Walaupun makanan yang dihidang ini dijamin halal dan tidak mengandungi unsur yang boleh membawa kepada haram, namun mereka sepatutnya meletakkan tanda halal di restoran mereka. Setiap pemilik restoran perlu ada kesedaran dan sensitif terhadap isu halal logo walaupun mereka ini adalah orang Islam.
DI BAWAH INI MERUPAKAN SATU CONTOH PROSEDUR DIDALAM PERMOHONAN SIJIL HALAL BAGI PREMIS PERNIAGAAN YANG PERLU DIPATUHI...

Prosedur Permohonan
PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:
-pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);-pengedar/penjual (distributor/ trader);-pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);-pembungkusan semula (repacking); -premis makanan (food premise); dan-rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsahendaklah memohon secara terus kepada HDC.
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada HDC/JAIN/MAIN mana yang berkenaan.
Borang permohonan hanya boleh didapati lawan web SAHAJA:
http://e-halal.hdcglobal.com/
ATAU
http://e-halal.hdcglobal.com/apps/e-halal.php?new=
Untuk sebarang bantuan, sila datang ke pejabat di:
Bahagian Halal IntegritiJabatan Audit dan Persijilan Halal Aras 1, Blok D7, Parcel D,G Floor, Block 2200Enterprise Building 3,Persiaran APEC63000 CyberjayaSelangor Darul Ehsan
Atau hubungi di talian:
603-83150200

MANAKALA DI BAWAH INI PULA MERUPAKAN SYARAT-SYARAT DI DALAM PERMOHONAN...
Syarat-Syarat
SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN SIJIL PENGESAHAN DAN LOGO HALAL
-
Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukarmilik, dipalsukan, disalahgunakan atau dipinda dengan apa caranya sekalipun.
-Penggunaan Sijil Pengesahan Halal tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
-Sebarang perubahan ke atas nama dan alamat syarikat, kilang/ premis, jenama produk, bahan ramuan, pengeluar-pengeluarnya dan yang berkaitan dengannya, hendaklah dimaklumkan kepada Pengurus Besar, Bahagian Integriti Halal,Halal Industry Development Corporation (HDC) atau Pengarah JAIN/ Setiausaha MAIN secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.
-Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut tertakluk kepada undang-undang. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan, pemilik hendaklah membuat laporan polis dan memberitahu secara bertulis dengan segera kepada Pengurus Besar, Bahagian Integriti Halal,Halal Industry Development Corporation (HDC) atau Pengarah JAIN atau Setiausaha MAIN.
-Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa serta penggunaan logo Halal tidak dibenarkan apabila didapati ianya menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi syarak.
-Pihak HDC/JAIN/MAIN boleh menyenaraihitamkan syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan boleh dipertimbangkan selepas Panel Pengesahan Halal berpuas hati.

Di mana tanggungjawab sosial korporat GIANT?

Pasaraya Giant merupakan pasaraya yang menyediakan pelbagai barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah. Di samping itu, giant juga menyediakan pelbagai barangan lain. Seperti mana syarikat lain, Giant turut sama menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka seperti menyediakan harga yang berpatutan untuk menarik pelanggan, menyediakan pelbagai barangan dan memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan. Giant juga memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan seperti membantu bapa kanak-kanak malang Sharlinie dengan memberi 3 bulan gaji untuk meringankan bebanan seperti yang di laporkan dalam Harian Metro 6 March 2008.

Namun persoalan di sini, kenapa tanggungjawab sosial korporat yang mereka lakukan tidak melibatkan penekanan terhadap isu tanda halal di restoran di premis perniagaan mereka? Walhal isu ini merupakan suatu yang harus diambil serius kerana melibatkan perkhidmatan kepada pelanggan terutama terhadap pengguna Islam. Tidak dinafikan Giant telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka dengan baik, namun mereka perlu lebih peka terhadap isu tanda halal di restoran di premis perniagaan mereka. Tinjauan kami seterusnya di pasaraya giant di Bayan Baru.

Giant di Bayan Baru

Banyak makanan yang disediakan, tak kira muda ataupun tua pasti berselera untuk menjamah makanan di sini...
Kesemua pemiliknya terdiri dalam kalangan orang Melayu yang sinonim dengan orang Islam. Namun di mana letaknya tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap isu tanda halal? Tiada kelihatan langsung tanda halal ataupun sijil halal yang dipamerkan.


Restoran kelihatan bersih dan teratur, namun di mana tanda halal?

Sesiapa yang makan di pasaraya Giant ini janganlah terlalu bimbang akan kehalalan makanan di sini. Kami hanya ingin menyatakan bahawa sepatutnya pihak pengusaha restoran ini mahupun Giant itu sendiri perlu meluaskan skop tanggungjawab sosial korporat mereka kepada isu tanda halal. Tanggungjawab ini sepatutnya diberi penekanan dahulu berbanding dengan tanggungjawab sosial korporat yang lain.

Wednesday, March 25, 2009

Selamat melawat food courd dekat tesko,,………..
Tengok dia punyer papan tanda dah x sabar-sabar kami nak masuk kedalam…biarlah dah selalu pergi tetapi disebabkan tugas kami, kami pergi hehehheh
Fuuh best bangat…hehehe..
Ari ni ku gang eng pergi meninjau kedai makan yang terdapat didalam tesko…19.3.09
Gambaran di food courd di tesko….
Tengok sedap nyer ada orang tengah menjamu selera….
Ni lah gambar makanan yang sempat kami ambik..jangan salah faham bukan nak mempromosi makanan kerana tujuan kami untuk LEBEL HALAL IN RESTAURANT…nah Nampak tak sijil dekat dinding tuututu
Pelbagai juadah yang pelbagai yang tersedia..nanti jangan lupa lah try join erk..
Ni aku pun malas nak memanjang ni..tujuan aku dang eng pergi sana bukan untuk lihat or makan tetapi kami meninjau dari kedai ke sebuah kedai untuk mengetahui tentang sijil or surat kebenaran Jabatan agama untuk sesebuah premis terutama dalam skop tajuk kumpulan kami LEBEL HALAL IN RESTAURANT yang memang penting kita kaji dan tahu…


Banyak jugak laaa kitaorang kumpul gambar…hehehe..susah jugak lah nak amek sebab mereka (penjual) ingat kami ni dari Jabatan Kesihatan…
Tetapi berkat kesabaran kami, kami dapat amek gambar kedai, sijil HALAL dan dapat menemuramah seorang penjual yang peramah lah jugak hehehe..

Ok nak cerita cikit ni tentang sijil HALAL yang kita sebut-sebut kan tu..ape kebendanaya tu..
Sijil halal ni kawan-kawan, sebernarnya satu sijil yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam untuk menunjukkan bahawa sesebuah kedai itu mengukit piawaan yang telah disyaratkan oleh jabatan agama..Piawaan yang kami maksudkan ialah mereka akan tengok kedai macamane, kebersihan yang penting..Manakala pekerja mestilah dan wajib seorang yang muslim…
Nampak tak apa yang terdapat dalam sijil ini?????
sambung erk...Manakala pengambilan bahan mentah pula terutama haiwan sembelihan seperti ayam, daging lembu ditempat yang telah ada didalam sijil yang diperakui oleh jabatan agama kesahihan HALAL..sepertimana makanan yang terdapat dalam gambar kedai di atas.
Sijil ini susah untuk diperolehi oleh pemaju or pemilik kedai makan, restaurant kerana mukin disebabkan pemaju yang tidak dapat mengikut syarat-syrat yang ada..mengikut penjual yang telah saya temui…
Sijil ini dikeluarkan tetapi mengambil masa yang lama…tu lah sebab nya ada sesetengah kedai yang HALAL tetapi tidak mempunyai sijil HALAL mungkin mereka perlu tunggu untuk permohonan mereka disahkan….Tetapi seeloknya sijil perlu ada barulah kita tidak akan was-was untuk makan disesebuah kedai or restaurant itu…..

Halal dan Ekonomi

Sesungguhnya menyediakan makanan halal bukan saja satu tindakan yang memberi tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Malah dengan menyediakan makanan halal, ia juga boleh menambahkan pendapatan kepada pengusaha. Keyakinan yang diperolehi daripada pengguna yang menginginkan makanan halal kini bukan saja terhadap mereka yang beragama islam, malah ia juga telah mendapat sambutan kepada mereka yang menganut agama-agama lain. Sesungguhnya Makanan yang halal adalah makanan yang bersih. Dengan tersiarnya petikan peluang teroka makanan halal yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia ini, sepatutnya menjadi satu inspirasi kepada pengusaha untuk mendapatkan sijil dan logo halal bagi primis makanan mereka.




Peluang teroka makanan halal


KUALA LUMPUR 18 Mac - Pelabur negara ini diminta meneroka industri pemakanan halal di Republik Kyrgyz yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan pada masa akan datang.
Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, dengan 67 peratus penduduk negara itu beragama Islam, pelaburan tersebut amat menguntungkan.

Beliau berkata, kedudukan negara itu di antara China, Uzbezkistan dan Tajikistan yang juga mempunyai penduduk Islam yang cukup ramai, turut menjadi daya tarikan.
"Di sana, pelabur yang mempunyai kepakaran serta pasaran dalam industri pemakanan halal mempunyai prospek untuk mengembangkan bisnes,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Kaunselor Kedutaan Kyrgyz, Lira Sabyrouq yang mengetuai delegasi dari negara itu di sini semalam.
"Daripada perbincangan dengan mereka, didapati keadaan muka bumi di sana cukup sesuai memajukan industri terbabit.

"Selain daripada dua sektor itu, sektor perlombongan seperti emas dan raksa, pertanian serta pelancongan juga antara peluang pelaburan yang menarik,'' ujarnya.

sumber : Utusan malaysia 19 Mac 2009

Hospital Pulau Pinang



Tinjauan yang dibuat di kantin Hospital Besar Pulau Pinang kali ini didapati tidak terdapat juga tanda atau sijil halal yang dipamerkan di kantin tersebut. Apakah sebenarnya kriteria yang di pilih untuk terpilih berniaga di kantin hospital. Melalui tinjauan yang dibuat, memang telah didapati pemilik pengusaha kantin ini beragama islam. walau bagaimanapun ketidakwajiban untuk memperolehi sijil halal menjadikan pengusaha gerai makanan terutamanya mereka yang beragama islam sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk memiliki rasa tanggungjawab sosial dalam kegiatan perniagaan mereka.



Hospital merupakan tumpuan orang ramai berkunjung keluar masuk mendapatkan rawatan serta mengunjungi saudara mara yang sakit. Maka sekiranya kantin yang mempunyai tanda halal itu terdapat disitu, sudah pasti pengunjung akan lebih berasa yakin untuk menikmati hidangan disitu.



Adakah tidak perlu logo halal di restoran Melayu?

Mungkin tidak timbul rasa ragu-ragu dalam diri kita sekiranya restoran yang kita dikunjungi itu pemiliknya terdiri daripada orang melayu yang lebih sinonim dengan orang Islam. Di tambah pula dengan hiasan ayat-ayat Al-Quran yang digantung di dinding-dinding restoran, kiranya tak perlu la lihat tanda halal, so kita belasah la makan kan. Berbeza jika restoran yang pemiliknya orang bukan Islam, mungkin kita akan lebih berhati-hati.

Namun adakah anda rasa tidak perlu adanya tanda halal di restoran orang Melayu? Mungkin ini isu remeh dalam kalangan kita, namun pada pendapat kami walaupun pemilik restoran adalah orang Islam, tanda halal perlu dipamerkan supaya pengguna lebih rasa yakin akan sumber makanan yang dimakan...Tinjauan kami adalah di sekitar Kompleks Bukit Jambul.

Dahulunya tempat kunjungan utama pelajar USM

Restoran Nasi Ayam Misai....
Pemilik, tukang masak dan pelayan orang Melayu..Namun tiada tanda halal mahupun sijil halal yang dipamerkan.


Selalunya jadi tumpuan orang ramai kalau datang ke Kompleks Bukit Jambul


Harga yang berpatutan dan mengenyangkan. Tambahan pula hidangan dapat diperolehi dengan cepat, tak perlu menahan perut yang lapar.....


Pada pendapat kami, tidak salah sekiranya, pemilik Nasi Ayam Misai ini, meletakkan tanda halal direstoran mereka. Ini bukan sahaja dapat menarik orang datang ke restoran mereka, malah dapat menjalankan tanggungjawab mereka terhadap orang Islam dalam menjaga pemakanan seharian...Namun ada juga restoran yang meletakkan tanda halal di sini, iaitu restoran The White House..White Coffee. Ini patut dicontohi oleh pemilik restoran Melayu yang lebih arif berkenaan hukum hakam agama.


The White House, White Coffee


Logo halal yang dapat memberi keyakinan kepada pengunjung

Tuesday, March 24, 2009

Komtar dan Restorannya...

yang saya sedihnya tanda Halal dia orang x pamerkan..sedangkan kedai dia adalah kedai yang dikunjungi orang ramai setiap hari..saya sekadar melihat dan cakap apa yang termampu..

ramai jugak lah pelanggan dia..

tengok mane x naik selera kita...

iaitu kedai masakan melayu...nama kedai pun dah best kann..NASI MELAYU ASLI...fuuuh asli nye melayu.
x pa saya nak cerita cikit jer.tauke dia melayu orang perempuan pulak tu..hidangan fuh lazat-lazat adik kakak..
saya tidak biasa sangat ke sini..alah nak cari food court punya lah susah..kiranya saya tanya dekat security dalam tu mane food court..dia cakap tingkat 5..naik lah saya..
tetapi kesemua kedai disitu telah dikosongkan cuma ada beberapa kedai yang sempat saya tinjau.
kali ini saya pergi melawat pusat bandar pulau pinang yang selalu sibuk dengan kenderaan
tempat yang saya tuju kali ini ialah PRAGIN MALL.
ia merupakan juga salah satu yang menjadui tumpuaan orang ramai untuk membeli belah..





PLAZA GURNEY...Di mana nak makan?

Saya sempat mengambil gambar ni curi-curi..banyak gak masalah hehe yela depa tak bagi sangat amek gambar takut kita ni wartawan..yang apa saya perhatikan memang tiada dipamerkan sijil halal macam gmbar ni.

ramai kan orang datang makan kat sini..tetapi kebanyakan kedai di sini tidak mempamerkan tanda HALAL tidak seperti mana dekat Tesco tempoh hari..

ni adalah papan tanda food court di plaza GURNEY

COME.....GURNEY PLAZA!!!
BANYAK YANG TERDAPat di sini, kedai fesyen, kedai butik dan banyak lagi. Ini juga merupakan salah satu tempat tumpuan ramai terutama pada hari minggu...
kalau saya datang kesini, saya sentiasa tidak lupa food court dalam sana kerana banyak makanan tersedia..
BEST-best

care for us??

Carrefour dengan tagline mereka yang terbaru iaitu "carrefour, care for you" tetapi adakah benar-benar mereka mengambil berat terhadap kita?? Tinjauan direstoran kali ini adalah di Carrefour Seberang Jaya Pulau Pinang. Medan selera awam yang dimaksudkan adalah "Cili Padi Food Court". Namun apa yang dikesalkan didapati tiada sebarang tanda halal disetiap gerai yang terdapat disitu. Melalui tinjauan kami didapati kesemua gerai dikendalikan oleh orang Melayu. Walau bagaimanapun tidak sepatutnya ia menjadi satu alasan untuk mengendahkan keperluan sijil halal di restoran. Disini kami postkan gambar-gambar di sekitar carrefour dan medan selera.

Terdapat pelbagai jenis gerai makanan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan sama ada makanan tempatan dan juga makanan luar.


Tiada satu tanda Halal ataupun sijil halal yang dipamerkan



Inilah dia Cili Padi Food Court Carrefour Seberang Jaya Pulau Pinang



Carrefour Seberang Jaya Pulau Pinang


Monday, March 23, 2009

Kalau dah was was..

Sudah menjadi tanggungjawab kumpulan ini untuk mengemukakan isu berkaitan halal logo di restoran di dalam blog ini. Tinjauan dari satu restoran ke satu restoran bukan saja memenatkan, tetapi lapar juga terpaksa ditahan. Sesungguhnya terasa kecil diri ini menghadapi dugaan yang diberikan apabila membuat tinjauan mengenai tanda halal di restoran. selalunya apabila tiba waktu makan, tempat pertama yang difikirkan untuk dikunjungi apabila berada dipremis-premis terutamanya di pusat membeli belah adalah medan selera. Disana pasti pelbagai makanan boleh dipilih untuk mengisi perut yang sedang lapar.

Namun apabila melakukan tinjauan kali ini, dugaan berlapar adalah satu dugaan yang terpaksa dihadapi oleh kami. Mengapa perkara ini berlaku? hal ini adalah kerana, selama ini kami sendiri tidak memperdulikan tanda halal atau sijil halal sama ada ada ataupun tidak ketika menyerbu medan selera. Perkara yang hanya diambil peduli adalah siapa yang menghidangkan makanan tersebut. Jika mereka yang menghidangkan adalah orang melayu ataupun orang indonesia, tanpa was was kita akan tertumpu di gerai makan tersebut.


Perkara yang terjadi pada kami sendiri apabila pergi membuat tinjauan restoran halal adalah meragui kehalalan gerai tersebut walaupun gerai tersebut dikendali oleh orang Melayu. Sekali lagi mengapa perkara ini berlaku? Ini adalah disebabkan kurangnya kesedaran pihak peniaga untuk mempamerkan tanda halal gerai mereka. Jika mereka mempamerkan tanda halal, maka walaupun gerai tersebut dikendalikan oleh orang berbangsa cina, sudah pasti tiada was was untuk kita menikmati hidangan yang disediakan.
Tinjauan yang dibuat di Pasific, The Mall Butterworth dan sekitar medan seleranya telah membuat kami terpaksa berlapar walaupun banyak makanan disitu. Restoran dikendalikan oleh orang cina mempunyai sijil halal tetapi gerai yang dikendali oleh orang melayu tidak mempunyai sijil halal.
Gerai yang menghidangkan masakan cina dan mempunyai sijil halal yang dipamer membuat pelanggan tidak lagi was-was untuk makan disitu.
Gerai makanan melayu namun tidak mempamerkan sijil halal. Adakah ia benar-benar halal? kalau dah was was tak boleh makan.....
Gerai makanan contonis yang dikendalikan oleh individu bangsa cina, namun mempunyai sijil halal.
Pelbagai jenis gerai makanan terdapat disini...


The Mall, Pacific, Butterworth Pulau Pinang.