Wednesday, March 4, 2009

Bukan Niat Untuk Menimbulkan Was-was

Sebagai umat sesama Islam, saya bukan sengaja nak menimbulkan rasa was-was di kalangan rakan-rakan berkaitan dengan makanan yang kita makan. Cuma ingin berkongsi pandangan. Kalau yang bukan beragama Islam isu ini tidak menjadi halangan bagi mereka. Saya sendiri sebelum ini tidak peka berkaitan dengan isu logo halal di restoran. Contohnya kalau saya pergi sahaja QuenBay untuk window shoping or menonton wayang, tempat tumpuan untuk nak isi perut yang lapar semestinya di arena restoran. Macam-macam makanan yang boleh dimakan western food ker, malay food ker dan macam-macam food yang lain ada di situ. semua ada...tak terlintas langsung difikiran tentang halal ke haram sebab ramai je orang islam yang makan di situ. Jadi tak telintas pun makanan itu halal ke tidak. Saya rasa rakan-rakan pun bersetuju dengan pendapat saya sebab kalau dah tengok ramai orang islam makan sudah tentu makanan itu halal berbanding dengan di restoran yang majoriti dikunjungi orang bukan islam kan?

Tapi setelah diberikan tugasan oleh Dr Reevany berkaitan dengan halal logo di restoran, Ya Allah betapa daifnya saya mengenai isu halal ini. Betapa selama ini saya meremehkan sahaja isu makanan yang saya makan. Timbul rasa berdosa pun ada.

Oleh itu kumpulan kami telah membuat tinjauan di Quen Bay. kami mendapati tiada tanda logo halal di sepanjang arena restoran. Ada juga beberapa restoran lain yang masih dikunjungi ramai orang islam namun tiada tanda halal seperti Old Town White Coffee, Sushi King dan Mahentan Fish.

Ini memperlihatkan kepada kita semua, bahawa masih ramai yang tidak mengambil perhatian berkaitan dengan makanan yang dimakan sama ada halal atau pun tidak.

Walaupun ramai di kalangan orang islam yang makan di restoran tersebut, ini tak bermakna makanan itu benar-benar halal. Kita perlu selidiki dahulu status restoran tersebut sama ada halal untuk dimakan atau pun tidak. Jadi selepas ini saya berharap rakan-rakan peka dengan logo halal sebelum masuk mana-mana restoran. Sebab makanan yang kita makan akan mempengaruhi akhlak kita. kalau sebelum ini kita tak tahu mengenai isu ini mungkin kita tak berdosa, tapi kalau dah tahu n still buat-buat tak tahu tu, faham-faham sendiri la k.

2 comments:

Anonymous said...

YG PENTING HALAL..

MyHalal said...

TAHNIAH KERANA SAMA-SAMA BAGI KESEDARAN MENGENAI HALAL KHUSUSNYA DALAM MAKANAN.PADA MASA SEKARANG HALAL LOGO,INDUSTRY PLAYER KADANG2 MAIN TAMPAL JER..JANJI ADA MASYUKKKK...LAGI SATU MASALAH DI MALAYSIA TIADA HALAL ACT.