Monday, March 23, 2009

Kalau dah was was..

Sudah menjadi tanggungjawab kumpulan ini untuk mengemukakan isu berkaitan halal logo di restoran di dalam blog ini. Tinjauan dari satu restoran ke satu restoran bukan saja memenatkan, tetapi lapar juga terpaksa ditahan. Sesungguhnya terasa kecil diri ini menghadapi dugaan yang diberikan apabila membuat tinjauan mengenai tanda halal di restoran. selalunya apabila tiba waktu makan, tempat pertama yang difikirkan untuk dikunjungi apabila berada dipremis-premis terutamanya di pusat membeli belah adalah medan selera. Disana pasti pelbagai makanan boleh dipilih untuk mengisi perut yang sedang lapar.

Namun apabila melakukan tinjauan kali ini, dugaan berlapar adalah satu dugaan yang terpaksa dihadapi oleh kami. Mengapa perkara ini berlaku? hal ini adalah kerana, selama ini kami sendiri tidak memperdulikan tanda halal atau sijil halal sama ada ada ataupun tidak ketika menyerbu medan selera. Perkara yang hanya diambil peduli adalah siapa yang menghidangkan makanan tersebut. Jika mereka yang menghidangkan adalah orang melayu ataupun orang indonesia, tanpa was was kita akan tertumpu di gerai makan tersebut.


Perkara yang terjadi pada kami sendiri apabila pergi membuat tinjauan restoran halal adalah meragui kehalalan gerai tersebut walaupun gerai tersebut dikendali oleh orang Melayu. Sekali lagi mengapa perkara ini berlaku? Ini adalah disebabkan kurangnya kesedaran pihak peniaga untuk mempamerkan tanda halal gerai mereka. Jika mereka mempamerkan tanda halal, maka walaupun gerai tersebut dikendalikan oleh orang berbangsa cina, sudah pasti tiada was was untuk kita menikmati hidangan yang disediakan.
Tinjauan yang dibuat di Pasific, The Mall Butterworth dan sekitar medan seleranya telah membuat kami terpaksa berlapar walaupun banyak makanan disitu. Restoran dikendalikan oleh orang cina mempunyai sijil halal tetapi gerai yang dikendali oleh orang melayu tidak mempunyai sijil halal.
Gerai yang menghidangkan masakan cina dan mempunyai sijil halal yang dipamer membuat pelanggan tidak lagi was-was untuk makan disitu.
Gerai makanan melayu namun tidak mempamerkan sijil halal. Adakah ia benar-benar halal? kalau dah was was tak boleh makan.....
Gerai makanan contonis yang dikendalikan oleh individu bangsa cina, namun mempunyai sijil halal.
Pelbagai jenis gerai makanan terdapat disini...


The Mall, Pacific, Butterworth Pulau Pinang.

1 comments:

Anonymous said...

Nampaknyeee... mereke ber3 ni memang kurang ilmu. semacam masuk masjid tapi bertanya .